Remaja disiasat menyamar jadi kakitangan Hospital Serdang - The Reporter

Remaja disiasat menyamar jadi kakitangan Hospital Serdang

Sumber Gambar: Utusan Malaysia

Remaja berusia 14 tahun disiasat ekoran dakwaan menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang.

Remaja berkenaan dilaporkan telah ‘bertugas’ di hospital berkenaan selama seminggu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“IPD Sepang mengesahkan pada 7 Ogos 2024, jam 1 tengah hari ada menerima satu laporan polis daripada kakitangan Hospital Sultan Idris Shah berkaitan seorang perempuan yang tidak dikenali berada di dewan bedah mengaku sebagai Pegawai Perubatan dan mahu membantu menjalankan pembedahan.

“Pada 8 Ogos 2024 jam lebih kurang 8.30 pagi, pihak hospital telah mengenal pasti kehadiran remaja berkenaan iaitu individu yang sama cuba mendaftarkan diri di kaunter dengan menggunakan identiti palsu,” jelasnya dalam kenyataan media sebentar tadi.

Susulan itu, suspek kemudian ditahan di lobi hospital berkenaan.

“Turut dirampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital berkenaan,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menceroboh,

Manakala hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menyamar sebagai penjawat awam.

Sumber: Malaysia Kini, IPD Sepang

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!