Remaja 16 tahun dakwa dirogol 11 lelaki termasuk ketua kampung, guru & anggota polis - The Reporter

Remaja 16 tahun dakwa dirogol 11 lelaki termasuk ketua kampung, guru & anggota polis

Seorang remaja perempuan bawah umur mendakwa dia telah dirogol oleh 11 lelaki, termasuk ketua kampung, guru dan anggota polis dalam kejadian di Parigi Moutong, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Ketua Polis Parigi Moutong, Yudy Arto Wiyono berkata, kes itu terbongkar semasa mangsa berusia 16 tahun bersama ibunya datang ke balai membuat laporan polis pada Januari 2023.

“Kes rogol membabitkan mangsa remaja bawah umur ini dilakukan oleh 11 suspek sejak April 2022 hingga Januari 2023.

“Dari pengakuan mangsa, dia mengenali semua suspek di kedai makan tempatnya bekerja sebagai tukang masak. Suspek memujuk rayu dan menawarkan wang dari 50,000 rupiah hingga 500,000 rupiah (RM15.40 – (RM154). Mereka juga pernah membelikan pakaian baharu dan telefon bimbit untuk diberikan kepada mangsa.

Semasa disoal siasat, semua suspek bukan hanya melakukan perbuatan itu sekali, malahan berkali-kali di tempat yang berbeza-beza seperti di rumah sewa dan di dalam kereta.

Kes ini mula terbongkar selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluannya. Semasa menjalani pemeriksaan di hopspital, doktor mendapati terdapat kesan luka robekan di bahagian tersebut.

Setakat ini, polis hanya menetapkan lima individu sebagai suspek. Manakala yang lain masih dalam siasatan. Daripada lima suspek berkenaan, dua darinya adalah guru dan ketua kampung. Manakala baki tujuh suspek lain yang sedang menunggu untuk disiasat siasat dan salah seorangnya merupakan anggota polis.

Selain itu, polis turut merampas dua kenderaan jenis Honda Jazz dan Mitsubishi Triton yang digunakan oleh suspek untuk merogol mangsa.

Sumber: Kompas

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!