Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ditegur agar tidak keluar rumah dipercayai menjadi punca seorang remaja perempuan berusia 13 tahun hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Semaseh Panchor, Pagoh, sejak beberapa hari lalu.
Remaja tersebut, Puteri Wafaaumairah Roslan, tidak pulang ke rumah seperti biasa selepas didakwa berselisih faham dengan ibunya.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, laporan polis dibuat ibu mangsa di Balai Polis Panchor pada Ahad lalu selepas usaha keluarga untuk mencarinya menemui jalan buntu.
“Remaja ini memiliki fizikal berbadan kurus dengan ketinggian 155 sentimeter dan berat 48 kilogram,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Erwine Pedaron, di talian 013-7609454 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di talian 06-9526001 untuk membantu pencarian.
Sumber: Harian Metro








