Rayuan ditolak, Ustaz Budak kekal dihukum penjara 13 bulan kerana mencium pipi & mencabul ahli perniagaan - The Reporter

Rayuan ditolak, Ustaz Budak kekal dihukum penjara 13 bulan kerana mencium pipi & mencabul ahli perniagaan

Sumber gambar: Harapan Daily

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang mudir di sebuah madrasah di dijatuhkan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dan mencabul lelaki dalam kejadian Disember 2020.

Perayu, Syamsul Zaman Sukri, 35, terdahulu membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret pada 9 Mac lalu. Namun Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas menolak rayuan berkenaan.

Menurut Hakim Datuk Mohamad Abazafree berkata, tujuh isu yang dibangkitkan oleh perayu ditolak, termasuk dakwaan perayu yang mengatakan keterangan mangsa tidak boleh dipercayai.

“Perayu tidak mempunyai bukti kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, perayu yang juga dikenali sebagai Ustaz Budak itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun di bilik hotel pada jam 1.15 pagi, 16 Disember 2020.

Perayu didakwa melakukan kelucahan melampau dengan mencium pipi dan mencabul mangsa yang merupakan ahli perniagaan.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!