Layar Bawah Bintang (LBB) akan menemui anda ke kawasan-kawasan yang terpilih di sekitar Pulau Pinang, Kuantan dan Melaka.
Program yang dianjurkan oleh iMedia dan dibawakan oleh GrabFood 5-Star akan menayangkan pelbagai filem serta persembahan daripada artis-artis tanah air, selain menyajikan pelbagai jualan makanan dan permainan.
Untuk pencinta drama, sudah pastinya melekat di skrin LBB dengan tayangan pertama filem thriller psikologi fiksyen popular, Desolasi, yang dibintangi oleh Syamsul Yusof.
Selain itu, tayangan istimewa 2 episod ulang tayang hit Rom-Com VIU From Saga With Love yang dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Ikmal Amry dan Fimie Don. Katanya Musim Ke-2 akan ditayangkan dalam tahun ini juga. Wah! Mesti lagi dramatik kan?
Ada pelbagai rencah dalam drama tersebut yang sudah pasti membuatkan anda tertanya-tanya dengan perwatakan Karma, Bianca Rozario, Sham dan ramai lagi.


Bagi peminat filem aksi komedi pula, naskhah Abang Long Fadil dan Abang Long Fadil 2 memang tepat dengan pilihan! Nak tengok Zizan Razak, Aaron Aziz dan Kamal Adli beraksi, jomlah kita layan!


Datang ke Layar Bawah Bintang bukan datang tangan kosong tau! Anda berpeluang untuk menerima Goody Bags bernilai RM100++ seperti Marigold Peel Fresh, Autan Mosquito Repellent, barangan Seri Murni dan banyak lagi!
Dan bukan tu je tau. Siapa yang datang awal akan dapat menikmati kopi di GRAB’s Kombi Van. Syoknya minum kopi, terus segar!

Acara Layar Bawah Bintang ini juga akan diadakan selama tiga minggu berturut-turut di tiga lokasi iaitu, Pulau Pinang, Kuantan dan Melaka. Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan ajak ahli keluarga atau rakan-rakan datang memeriahkan lagi suasana.Â
Oh! Jangan lupa, kena bawa tikar sendiri tau!Â
Cara nak tebus tiket masuk? Caranya sangat mudah! Hanya perlu klik pada pautan Google Form ini, isi butiran yang diperlukan, dan selesai! Terasa lapar? GrabFood ada penyelesaiannya!
Selain tu jugak, pada tarikh 6 & 7 September, food vendor yang dinilai sebagai sebagai GrabFood 5-Star pun ada seperti Unknown Cafe & Bistro di GeorgeTown yang sediakan banyak menu western yang sedap. Japsatay Batu Uban, Gelugor Pulau Pinang pula terkenal dengan satay yang tersedap di Pulau Pinang. Antara vendor lain yang ada di lokasi Pulau Pinang adalah Sandwish dan Roku.
Pada tarikh 13 & 14 September pula, pelbagai menu sajian vendor di Kuantan pula sudah pasti memikat selera anda. Antaranya Nasi Lemak Sohoo, Coffee Millery, Nengbakso dan Sedo Sekilau.
GrabFood 5-Star merupakan restoran terbaik di Malaysia yang dinilai oleh jutaan pencinta makanan di GrabFood.
Kenapa pilih GrabFood 5-Star?

Eh, jangan main-main tau! Ini bukan ulasan yang biasa-biasa. Ini ulasan dari orang yang memang suka makan.
Rating dan ulasan ini adalah bukti yang restoran tu memang terbaik, tau! Jutaan penggemar makanan macam kita dah bagi thumbs up.
Restoran yang dapat rating tertinggi dengan hidangan tempatan terbaik, itu yang kita nak highlight. So, kalau korang nak cari restoran yang ada pelbagai pilihan, senarai carian dia luas gila. Confirm puas hati!
Dengan sokongan GrabFood 5-Star, korang ditawar dengan pilihan makanan terbaik yang dinilai dan diulas oleh jutaan penggemar makanan di seluruh negara.Â
Menurut laporan Trend Makanan dan Runcit Grab 2023, 91% pengguna Malaysia menggunakan aplikasi Grab untuk mencari restoran dan kedai baru yang mereka belum pernah cuba sebelum ini.
Kenapa korang patut cuba GrabFood 5-Star di aplikasi Grab? Ini sebabnya:
- Ulasan Sebenar: Jutaan penggemar makanan beri penilaian dan ulasan yang sebenar.
- Makanan Tempatan Terbaik: Nikmati hidangan tempatan terbaik dari restoran yang mendapat penilaian tinggi di setiap bandar di seluruh Malaysia.
- Pelbagai Pilihan: Dari hidangan kegemaran tempatan hingga hidangan antarabangsa, temui pilihan yang mendapat penilaian tinggi untuk sebarang keinginan dan masakan!
Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba GrabFood 5-Star sekarang! Info lanjut untuk restoran menarik di GrabFood 5-Star, layari laman web rasmi Grab.
Eh, tunggu dulu!Â
Tak meriah bukan kalau tak layan lagu? LBB akan membawakan artis lokal datang untuk menghiburkan anda semua!
Boleh rujuk poster di bawah!



Amacam, best kan? Jangan risau, masuk percuma je! Tapi apa yang perlu korang buat, hanya daftar kat sini LBB.
Dan jangan lupa layari laman sosial Layar Bawah Bintang Facebook, Instagram dan TikTok untuk perkembangan terkini.
Jangan lupa bawa tikar sendiri tau! Jumpa di sana!








