Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selepas kisah Sunhaji, penjual teh ais yang menjadi viral kerana menerima rezeki tidak disangka, kini tular pula kejadian di mana sekumpulan penjual minuman dilaporkan menyerbu sebuah majlis pengajian di Indonesia. Tindakan itu dipercayai dilakukan dengan harapan mendapat perhatian dan bantuan seperti yang diterima Sunhaji.
Dalam kejadian tersebut, beberapa penjual dilihat membawa dulang-dulang besar berisi minuman ke kawasan majlis yang penuh dengan orang ramai. Tindakan itu menarik perhatian netizen yang turut meninggalkan pelbagai komen lucu dan kritikan di media sosial.
Seorang pengguna media sosial menulis, “Jarang orang minta kena maki,” merujuk kepada cara penjual-penjual ini bertindak agresif untuk menarik perhatian. Ada juga yang mengaitkan fenomena ini dengan populariti Sunhaji, menyatakan bahawa ramai yang cuba meniru langkah beliau untuk mendapatkan simpati.
Namun, tidak semua komen negatif. Ada yang memandang situasi ini sebagai cerminan cabaran ekonomi yang dihadapi rakyat setempat. “Susahnya kerajaan mengurus rakyat dengan minda seperti ini. Sebab itu, pendidikan perlu diperkukuh,” tulis seorang pengguna media sosial.
Netizen dari Malaysia juga turut memberi reaksi terhadap kejadian ini. Ada yang menyifatkannya sebagai hiburan dengan komen seperti, “Macam-macam korang ni, lepas satu, satu. Selalu menghiburkan kami di Malaysia.”
Tindakan penjual-penjual ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ada yang menyokong usaha mereka untuk mencari rezeki, manakala yang lain mengkritik pendekatan tersebut sebagai tidak sesuai.








