'Rakyat Gaza di sana minta doa dari kita, tapi sana sini buat konsert/pesta' - Netizen minta tangguh program hiburan - The Reporter

‘Rakyat Gaza di sana minta doa dari kita, tapi sana sini buat konsert/pesta’ – Netizen minta tangguh program hiburan

Foto” Deccan Herald

Ketika ini masyarakat dunia masih tertumpu dengan konflik antara Palestin dan Israel. Bagaikan tiada henti, Gaza masih dihujani peluru dan bermandikan darah. Saat ini juga mereka masih memerlukan suara dunia bagi mengecam perbuatan terkutuk zionis.

Namun, keluh kesah masyarakat mula berbunyi apabila pelbagai konsert masih lagi dijalankan seolah tidak menghormati penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Baru-baru ini ramai yang mengecam tindakan kerajaan Arab Saudi yang meneruskan penganjuran festival Riyadh. Melalui festival itu rakyat di negara itu disajikan dengan pelbagai persembahan konsert.

Tidak terhenti pada malam tersebut sahaja, malah konsert ini dijadualkan berterusan di 12 lokasi berbeza di Arab Saudi hingga Mac 2024.

Bukan sahaja di luar negara, netizen turut mengecam stesen-stesen televisyen yang masih memaparkan program (nyanyian) yang berkaitan hiburan.

Beberapa stesen televisyen dilihat masih meneruskan konsert-konsert yang diadakan secara langsung walaupun ada yang meminta supaya program sebegini ditangguhkan.

Konsert pada malam tadi pula di sebuah stesen televisyen menyaksikan pelbagai aksi penyanyi menari mengikut rentak irama dan lagu.

Bagaimanapun, aksi tarian dari seorang penyanyi wanita dikecam ramai dan dianggap seolah tidak menghormati perkembangan yang berlaku di luar sana.

Namun begitu,ada yang menyatakan program ini sukar untuk ditangguh memandangkan perancangan telah dibuat dari awal.

Sumber: Instagram

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!