Rahsia terbongkar! Pasangan datang nikah segera rupanya sudah hamil 4 bulan | The Reporter

Rahsia terbongkar! Pasangan datang nikah segera rupanya sudah hamil 4 bulan

Pasangan hadir ke Pejabat Kadi Kulai untuk urusan nikah segera selepas disahkan hamil empat bulan.
Nikah segera di Kulai jadi tumpuan selepas pasangan mengaku sudah hamil empat bulan sebelum akad.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sepasang kekasih yang tampil ke Pejabat Kadi Kulai untuk urusan nikah segera, akhirnya dirujuk ke Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki melakukan hubungan terlarang hingga menyebabkan wanita berkenaan hamil.

Wanita berusia lingkungan 30-an itu dikatakan lebih lapan tahun tua daripada pasangannya yang masih berusia 20-an. Pemeriksaan di Hospital Kulai mengesahkan dia mengandung kira-kira tiga hingga empat bulan.

Difahamkan, keluarga wanita mula mengesyaki sesuatu apabila melihat perubahan pada anak mereka sebelum akhirnya wanita itu sendiri mengaku menjalin hubungan intim dengan kekasihnya secara suka sama suka. Lelaki berkenaan baru bekerja, manakala wanita itu sudah lama berkhidmat di daerah sama.

Baca juga:

Keluarga capai penyelesaian, tiada kekecohan berlaku

Kedua-dua keluarga dilaporkan hadir bersama ke pejabat agama untuk mencari penyelesaian terbaik dan mengelakkan pertelingkahan. Lelaki terbabit bersetuju untuk bertanggungjawab dan bernikah dengan wanita tersebut bagi menutup aib keluarga.

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Bahagian Penguatkuasa JAINJ di Facebook, pasangan itu mengaku perbuatan tersebut berlaku beberapa kali, kali terakhir sekitar September lalu di sebuah hotel di Kulai.

Mereka turut mengakui ketakutan sekiranya ditangkap, menyebabkan pertemuan mereka dilakukan secara ringkas dan rahsia.

Tetap dikenakan tindakan undang-undang

Kedua-duanya bakal didakwa di bawah Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana berzina, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau enam sebatan, atau ketiga-tiganya sekali.

Pihak berkuasa menasihatkan masyarakat agar mengambil iktibar daripada kejadian ini dan menjauhi hubungan terlarang sebelum pernikahan sah dijalankan.

Related Posts