'Punyalah nak buat content' - Netizen kecam peniaga buang air milo dalam longkang | The Reporter

‘Punyalah nak buat content’ – Netizen kecam peniaga buang air milo dalam longkang

Tular video seorang peniaga air balang membuang sebalang air milo ke dalam longkang, mengundang pelbagai reaksi negatif netizen di media sosial.

Pada asalnya, video itu dimuat naik dengan kapsyen yang mahu menunjukkan nasib peniaga air balang yang mengalami kerugian apabila tiada pelanggan yang datang membeli air mereka.

Beginilah nasib peniaga air balang. Orang tengok kita jual banyak untung. Tapi orang tak tahu realiti sebenarnya,” tulis individu yang memuat naik video tersebut.

Bagaimanapun, netizen mengecam tindakan peniaga terbabit yang bukan sahaja membazir, malah mencemarkan alam sekitar.

“Kenapa buat kat situ? Memang peniaga akan buang air macam tu ke? Sebaiknya bersedekah pada orang lalu lalang daripada buang macam ni,” kata netizen.

“Apa salah bagi free kat orang daripada buang. Konsep berniaga pun dah tak betul, macam mana la rezeki nak datang.

https://twitter.com/isusemasaviral/status/1764145682540310963

“Padahal boleh je bersedekah bagi pada orang yang ada ataupun hantar bagi kat surau untuk orang ambil. Memang tak untung, tapi tak adalah membazir. Kalau tak ada rezeki kau, dia akan jadi rezeki kat orang lain dan mungkin pahala untuk kau,” tambah netizen lain.

Ada segelintir netizen turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan kerana perbuatannya jelas sekali adalah salah di sisi undang-undang.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa video itu sekadar content untuk meraih tanda suka dan jumlah tontonan daripada netizen.

“Punyalah nak buat content. Aisnya tak cair lagi, dia yang membazir,” kata netizen.

https://twitter.com/isusemasaviral/status/1764145682540310963Sumber: X

Related Posts