Sanusi dakwa Pulau Pinang diduduki secara haram sejak 1786 | The Reporter

Sanusi dakwa Pulau Pinang diduduki secara haram sejak 1786

Isu pendudukan Pulau Pinang dan Seberang Perai sejak 1786 dibangkitkan kerajaan Kedah.
Kerajaan Kedah membangkitkan semula isu sejarah 1786 termasuk pajakan dan peluasan wilayah sebelum mempertimbangkan tindakan perundangan. | Sumber gambar: The Star

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan Kedah menegaskan Pulau Pinang dan Seberang Perai merupakan wilayah milik Kesultanan Kedah yang diduduki secara haram sejak 1786, sekali gus membuka ruang kepada tindakan perundangan bagi menuntut hak negeri itu ke atas wilayah berkenaan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, proses membawa tuntutan tersebut ke mahkamah dijangka dapat dimulakan tahun ini selepas pasukan perundangan negeri menyelesaikan analisis terhadap dokumen sejarah dan perundangan yang berkaitan.

Menurutnya, pendekatan itu memerlukan penelitian rapi kerana melibatkan banyak dokumen lama dan sudut undang-undang yang perlu dipilih dengan teliti supaya tindakan yang diambil bersifat teratur dan lengkap.

Baca juga:

Dakwaan pendudukan haram bermula 1786

Sanusi menegaskan, Pulau Pinang termasuk Seberang Perai adalah wilayah Kesultanan Kedah sejak zaman silam, namun diduduki secara haram melalui penipuan oleh penjajah bermula 9 Ogos 1786.

Beliau merujuk peristiwa pada 11 Ogos 1786 apabila Francis Light mengibarkan bendera Union Jack di tanah milik Sultan Kedah, yang menurutnya merupakan satu perbuatan jenayah. Usaha Sultan Kedah ketika itu untuk mendapatkan semula Pulau Pinang pada 1791 bagaimanapun gagal, sebelum penyerahan sebahagian Seberang Perai dimeterai pada 1800.

Penyerahan awal Seberang Perai hanya melibatkan keluasan 60 relung, namun kawasan itu kemudiannya diperluaskan sehingga mencecah 751 kilometer persegi atau 75,100 hektar.

Isu pajakan dan langkah perundangan

Sanusi turut membangkitkan isu pajakan Pulau Pinang yang menurutnya bermula dengan persetujuan 6,000 Spanish Dollar, namun tidak pernah dibayar, sekali gus mencetuskan konflik pada 1791. Nilai pajakan itu kemudian ditambah kepada 10,000 Spanish Dollar selepas Seberang Perai diperoleh, sebelum ditukar kepada RM10,000 selepas merdeka dan meningkat kepada RM10.01 juta bermula 2018.

Beliau menegaskan isu pajakan dan sejarah pendudukan Pulau Pinang perlu diperjelaskan secara telus kepada semua pihak, sementara kerajaan negeri meneruskan persiapan dari sudut undang-undang bagi membawa tuntutan tersebut ke peringkat mahkamah dalam tempoh terdekat.

Sumber: Berita Harian / Utusan Online

Related Posts