Pulau persendirian di Langkawi dijual dengan harga RM9 juta? | The Reporter

Pulau persendirian di Langkawi dijual dengan harga RM9 juta?

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebuah pulau persendirian yang terletak berdekatan Pulau Langkawi sedang menjadi perbualan hangat di media sosial.

Melalui video yang dimuat naik di TikTok, pulau tersebut dikenali sebagai Pulau Jemurok di Ayer Hangat, Langkawi.

Perunding hartanah, Faizul Hakimi Affendi, mengesahkan pulau ini ingin dijual pada harga RM49.50 untuk setiap kaki persegi, dengan anggaran jumlah keseluruhan melebihi RM9 juta.

Namun begitu, penjualan tersebut bukan melibatkan keseluruhan Pulau Jemurok. Sebaliknya, hanya sebahagian daripada pulau persendirian ini yang akan dijual, iaitu 1.695 hektar daripada tiga lot tanah persendirian.

Difahamkan, pulau ini mempunyai status tanah rizab Melayu dan terletak berdekatan dengan Mangrove Langkawi Geopark. Perjalanan dari Jeti Kubang Badak ke pulau ini hanya mengambil masa 5 hingga 7 minit sahaja dengan menaiki bot.

Pulau persendirian ini sangat sesuai untuk pelaburan atau pembinaan resort mewah.

Jadi, jika anda pernah bermimpi memiliki pulau persendirian di Langkawi, inilah peluang unik yang tidak boleh dilepaskan atau boleh teruskan bermimpi.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts