PTPTN perkenal #PTPTNBolehBincang untuk 1.25 juta peminjam culas bayar hutang RM11.32 bilion | The Reporter

PTPTN perkenal #PTPTNBolehBincang untuk 1.25 juta peminjam culas bayar hutang RM11.32 bilion

PTPTNBolehBincang
Gambar hiasan | Sumber: Lowyatt

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan sebagai usaha strategik memastikan pendidikan tinggi kekal inklusif dan mampan untuk generasi akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, berkata kempen ini menekankan tanggungjawab sosial dan kewangan peminjam, selaras dengan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi dan Dasar Pendidikan Tinggi Negara.

Menurutnya, pendidikan tinggi adalah asas pembangunan masyarakat progresif dan kelestarian dana pendidikan menjadi kunci kejayaan.

“LESTARIPendidikan bertujuan memperkasakan rakyat melalui pendidikan tinggi serta membantu peminjam menyelesaikan hutang PTPTN dengan lebih berkesan,” katanya.

Setakat ini, PTPTN mencatatkan tunggakan sebanyak RM11.32 bilion melibatkan 1.25 juta peminjam culas. Untuk meringankan beban ini, PTPTN memperkenalkan inisiatif seperti #PTPTNBolehBincang yang membolehkan peminjam menyusun semula bayaran mengikut kemampuan, serta #PTPTNSediaBantu untuk menyediakan saluran bayaran yang lebih mudah dan selamat.

Norliza menambah, kempen ini juga menyeru masyarakat menyokong usaha PTPTN demi memastikan dana pendidikan terus tersedia untuk pelajar masa depan.

“Setiap pembayaran balik adalah pelaburan kepada masa depan pendidikan generasi akan datang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Related Posts