Promosi judi online di media sosial, 27 influencer ditahan polis | The Reporter

Promosi judi online di media sosial, 27 influencer ditahan polis

Sumber foto: Berita Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seramai 27 pempengaruh media sosial telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam promosi kegiatan judi haram di internet.

Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 21 hingga 35 tahun ini, termasuk 23 wanita, telah ditangkap dalam operasi yang dilakukan secara serentak di beberapa negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, sindiket terbabit didapati membayar gaji kepada pempengaruh tersebut berdasarkan bilangan pengikut di platform media sosial mereka. Bayaran yang diterima oleh setiap pempengaruh adalah antara RM1,500 hingga RM8,000, bergantung kepada jumlah pengikut mereka.

Selain itu, pempengaruh-pempengaruh ini aktif di sekurang-kurangnya dua platform media sosial dan menjalankan perniagaan sendiri termasuk penjualan produk kecantikan. Dalam masa yang sama, mereka turut mempromosikan laman web judi haram. Kesemua pempengaruh dipercayai telah menerima gaji dari beberapa sindiket judi berlainan selama lebih dari setahun.

Dalam operasi tersebut, sejumlah 30 telefon bimbit telah dirampas untuk tujuan siasatan. Polis kini sedang giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti dalang utama sindiket judi tersebut.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)

Related Posts