Projek PAN Borneo Sabah lambat dilaksanakan, kontraktor berebut tender, lobi-melobi - Menteri | The Reporter

Projek PAN Borneo Sabah lambat dilaksanakan, kontraktor berebut tender, lobi-melobi – Menteri

Lebuhraya Pan Borneo Sabah | Foto : Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah dikatakan mengalami kelewatan berbanding di Sarawak.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kelewatan ini.

Antaranya, projek 1A di Sabah melibatkan 35 pakej, berbanding di Sarawak hanya terdapat 11 pakej. Jumlah pakej yang lebih banyak di Sabah menyebabkan pengurusan menjadi lebih rumit.

Selain itu, terdapat persaingan sengit di kalangan kontraktor yang berebut untuk mendapatkan tender. Berebutan ini menyebabkan lobi-melobi dan memperlambat pelaksanaan projek.

“Ini fakta semua kita tahu. Jangan tuduh saya, menuduh salah fakta, inilah yang berlaku,” katanya.

Alexander menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab pihaknya untuk memilih kontraktor yang benar-benar mempunyai kelayakan dan boleh diharap untuk menyelesaikan projek tersebut.

“Itu sejarah sebelum ini dan sekarang selepas saya ambil alih beberapa bulan ini, kita berusaha mempercepatkan proses,” ujarnya.

Sumber: Malaysia Gazette

Related Posts