Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tindakan pempengaruh dan TikToker popular, Prince Syed, memuat naik video isterinya tanpa bertudung di TikTok mencetuskan kekecohan dalam kalangan netizen hari ini.
Isterinya sebelum ini dikenali sering bertudung, namun dalam video yang dimuat naik, dia kelihatan free hair ketika mendapatkan rawatan rambut di sebuah salon.
Video pendek tersebut menunjukkan Prince Syed membetulkan rambut isterinya tanpa disertakan sebarang kapsyen. Situasi ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen sama ada video itu dimuat naik secara tidak sengaja atau sememangnya disengajakan.
Rata-rata pengguna TikTok berpendapat kemungkinan berlaku ‘tersilap post’, memandangkan video itu kekal dipaparkan lebih tiga jam tanpa dipadam.
“2 jam dah gaiss bukan terpost ni memang nak post,” komen seorang pengguna. Ada juga yang berandaian mungkin anak kecil tersalah tekan butang muat naik.
Bagaimanapun, ada yang mempersoalkan alasan tersebut kerana video itu masih tidak dipadam walaupun menerima ribuan komen. “Kalau dah tiga jam tak delete, takkan tak perasan?” ujar seorang lagi netizen.
Setakat ini, Prince Syed belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung video tersebut.








