Sebagai tanda solidariti kepada mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan penjawat awam gred 48 ke atas di Selangor akan menyumbang sebahagian daripada gaji mereka ke Tabung Prihatin.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sumbangan itu dipersetujui dalam mesyuarat kerajaan negeri sebagai inisiatif bersama bagi meringankan beban mangsa yang terjejas dalam kejadian pada 1 April lalu.
“Semua Exco akan menyumbang RM1,000 setiap seorang, Adun RM200, Ahli Majlis RM100 dan penjawat awam bergred 48 ke atas akan menyumbang RM50 daripada gaji masing-masing.
- MMN bantah cadangan kemasukan terbuka jururawat Indonesia
- Video ‘Birthday Prank’ ibu cetus perdebatan, Didi Astillah tampil mohon maaf
- Tonton World Cup 2026™ Tanpa Risau Data, Siap Berpeluang Menang Trip Bola Sepak RM250,000!
- Bidan tersalah alamat disangka penjenayah, cetus kekecohan di Bandar Scientex
- Gorila Kiyomasa tular, muka ‘overthinking’ lepas bergaduh dengan pasangan
“Secara keseluruhannya, jumlah yang dikumpulkan dijangka mencecah RM102,050 dan akan disalurkan kepada Tabung Prihatin,” katanya memetik laporan Harian Metro, Rabu.
Letupan paip gas utama milik Petronas di kawasan itu menyebabkan kebakaran besar yang hanya dapat dipadam sepenuhnya selepas hampir lapan jam.
Sebanyak 437 rumah di Taman Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru dilaporkan terkesan — 81 musnah sepenuhnya, 81 rosak sebahagian dan 57 rumah lagi terbakar tetapi masih utuh. Baki 218 rumah diperiksa dan 151 daripadanya diisytiharkan selamat untuk diduduki semula.
Amirudin turut memaklumkan bahawa Tabung Prihatin diwujudkan bagi memberi ruang kepada pihak yang ingin menyumbang secara langsung kepada kerajaan negeri, sekali gus membantu pembiayaan proses pemulihan.
“Jika dana yang dikumpul cukup signifikan, ia akan menampung kos keperluan tambahan termasuk sewaan dan kerja-kerja baik pulih. Kita sedang meneliti langkah terbaik untuk membantu mereka yang benar-benar terjejas,” ujarnya.








