Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida, tampil meminta selebriti, Caprice, berhenti memuat naik video yang mengaibkan pemandu bas yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’, melalui akaun Instagramnya.
Menurut Vida, tindakannya itu bukan sahaja membuatkan beliau rasa meluat dan kali ini beliau terpaksa tampil untuk memberi teguran.
“Saya bukan nak mengejutkan harimau yang sedang tidur ke apa, tetapi hati saya terpanggil untuk beritahu tentang hantaran Caprice yang viral itu yang asalnya memberi kesedaran, tetapi sudah menjadi benda yang banyak mengaibkan.
“Kalau benda dah berlarutan, contohnya isu ‘Abang Bas’ daripada satu hantaran, dua tiga hantaran seterusnya sudah banyak mengaibkan. Malahan, ia sudah menjadi annoying dan jatuh kepada mengaibkan.
“Dia (Abang Bas) pun dah kena ikat jamin, tetapi ditekan-tekan lagi. Mungkin Caprice boleh beri kesedaran dalam bentuk lain pula.
“Saya sebenarnya berat nak nak cakap, tetapi saya terpaksa. Caprice seorang yang baik, yang saya dah kenal lama. Saya pun hormat Caprice dan sentiasa mengikuti dia sejak daripada dulu.
“Saya suka tengok Caprice buat konten bersama isteri dan anak-anak. Saya rasa itu lagi sedap saya menontonnya. Tapi kalau konten yang seperti mengaibkan orang lain, saya rasa terpanggil untuk memberitahu cukup-cukuplah buat hantaran seperti itu.
“Saya tak ada kepentingan apa-apa, saya pun tak kenal pun ‘Abang Bas’ itu siapa. Saya rasa sayang kepada Caprice ini sebab itu saya beritahu. Saya follow dia daripada 2.2 juta followers dan selepas buat isu-isu viral, followers dia tinggal 1.4 juta. Sayang tahu, walaupun dapat vibes viral tetapi followers ke mana?
“Ini nasihat jujur dan ikhlas daripada saya,” katanya.
Vida turut memohon maaf jika tegurannya itu membuatkan Caprice berkecil hati. Namun, dia terbeban jika teguran itu tidak disuarakan kepada Caprice secara terbuka.
“Saya minta maaf banyak-banyak, tidak bermaksud apa-apa melainkan untuk kebaikan Caprice dan kita semua,” ujarnya.








