Polis temui alat mainan seks, bahan lucah, suspek kes culik Albertine Leo ditahan semula | The Reporter

Polis temui alat mainan seks, bahan lucah, suspek kes culik Albertine Leo ditahan semula

Kredit foto: Kosmo! Online

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki yang sebelum ini ditahan reman kerana disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, telah ditahan semula semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, mengesahkan bahawa penahanan semula ini dilakukan selepas penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek di Kulai.

Bahan-bahan tersebut ditemui semasa siasatan lanjut dijalankan di rumah suspek.

Suspek, yang berusia 31 tahun, sebelum ini ditahan reman selama dua minggu selepas ditangkap di sebuah hotel murah di Batang Kali, bersama mangsa pada 23 Julai lalu.

Mangsa, Albertine Leo, dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 20 Julai ketika berada di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri.

Selepas tempoh tahanan reman tamat, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis, namun ditahan semula semalam berikutan penemuan terbaru ini.

Pihak polis kini sedang meneruskan siasatan

Sumber: Kosmo, Harian Metro

Related Posts