Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Empat individu dilaporkan meninggal dunia selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima empat laporan polis daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian dua lelaki dan dua wanita warga tempatan.
“Hasil siasatan awal mendapati keempat-empat individu menghadiri konsert di Bandar Sunway.
“Bedah siasat selesai dijalankan dan punca kematian masih menunggu siasatan makmal (pending laboratory investigation),” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan ke atas semua individu yang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun didapati tiada sebarang kecederaan luaran.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau unsur keracunan,” katanya.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau mana-mana balai berhampiran untuk salurkan maklumat.








