Baru-baru ini satu hantaran tular yang mendedahkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang guru wanita.
Pendedahan yang dibuat oleh kakaknya itu menerusi jaringan X setelah mendapati hubungan tersebut masih diteruskan walaupun satu laproran sudah dikemukakan pada pihak-pihak tertentu.
Pendedahan kakak mangsa


Susulan itu, polis mengesahkan telah menerima laporan daripada keluarga remaja berkenaan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, laporan polis dibuat Disember tahun lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Semua pihak yang terbabit sudah dipanggil merakam percakapan termasuk remaja dan guru berkenaan.
“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya.
Perbualan mangsa & suspek




Kesan merah di leher
Menurut laporan yang diterima pada 10.30 malam, 12 Disember 2023, ibu mangsa mendakwa terdapat kesan kemerahan pada bahagian leher anak lelakinya selepas pulang dari mengulangkaji pelajaran matematik bersama suspek.
Kejadian berlaku kira-kira 4.50 petang apabila mangsa yang sepatutnya pulang ke rumah, sebaliknya masih bersama dengan suspek di perpustakaan
Mangsa mengaku dipeluk dan dicium oleh guru berusia 37 tahun itu sehingga meninggalkan kesan kemerahan pada lehernya.
Sementara itu, pihak Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mendedahkan suspek sudah berkahwin dan mempunyai lima orang anak.
Ingatkan sudah insaf
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Seks Terhadap kanak Kanak 2017.
“Siasatan masih berjalan yang mana kertas siasatan dihantar ke Bukit Aman sebelum diarahkan meneruskan siasatan,” katanya.
Dalam pada itu, ibu remaja terbabit memaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menghubungi untuk mengadakan pertemuan.
“Kejadian itu berlaku sudah lama dan saya ingatkan guru terbabit sudah insaf namun tak sangka dia masih berhubung dengan anak saya.
“Selepas kisah ini tular, pihak menteri sudah menghubungi untuk mengadakan pertemuan dan Insya-Allah saya akan maklumkan fakta sebenar apa yang berlaku,” katanya.
Sumber: X, Harian Metro








