Polis sahkan wanita hamil 4 bulan maut akibat ditikam di bahagian dada - The Reporter

Polis sahkan wanita hamil 4 bulan maut akibat ditikam di bahagian dada

Polis mengesahkan punca kematian wanita hamil empat bulan yang dibunuh dan dibakar oleh teman lelakinya di kawasan belukar Sungai Besar beberapa hari lalu, akibat daripada luka tikaman di bahagian dada.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Moh Alias, perkara itu diketahui selepas pihaknya mendapat keputusan laporan bedah siasat dari pihak Hospital Sungai Buloh, semalam.

“Sebab kematian mangsa adalah kerana luka tikaman di bahagian dada, selain badan yang melecur,” katanya.

Dalam pada itu, mayat mangsa berumur 21 tahun itu juga telah dituntut oleh keluarga dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan.

Sementara itu, suspek berumur 20 tahun pula direman sehingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Negara digemparkan dengan berita penemuan mayat mangsa yang terbakar dalam 60 peratus yang membawa kepada penahanan teman lelakinya disyaki merupakan dalang kejadian itu.

Siasatan lanjut kemudian mendapati, suspek mengaku telah menjalinkan hubungan intim dengan mangsa sehingga hamil empat bulan. Tetapi berlaku pergaduhan dan pergelutan di antara mereka kerana suspek mahu merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarganya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!