Polis dedah anak-anak muda Kelantan berpesta di Golok, setiap hujung minggu? - The Reporter

Polis dedah anak-anak muda Kelantan berpesta di Golok, setiap hujung minggu?

Anak muda kelantan berhibur di Golok setiap hujung minggu.
Gambar hiasan | Sumber: Alam Ilmi

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kelantan kini menjadi perhatian apabila polis mendedahkan bahawa pekan Golok di Thailand, yang hanya terletak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia, telah menjadi tumpuan hiburan bagi penduduk negeri ini, terutama golongan muda pada setiap hujung minggu.

Mereka dikesan menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram semata-mata untuk berhibur dan dipercayai ada yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di pusat-pusat hiburan tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, rakan setugasnya di Thailand telah berkongsi maklumat tentang kehadiran ramai anak muda dari Kelantan datang ke Golok pada hujung minggu, terutama pada hari Jumaat dan Sabtu.

“Penuh… terlalu ramai. Hari biasa pun ramai, hari minggu lagi ramai,” katanya dalam laporan dari Sinar Harian pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan Polis Kelantan tidak dapat mengawal keadaan di Thailand kerana pihak di sana tidak mengehadkan kemasukan rakyat asing, berbeza dengan peraturan di Malaysia.

“Di sini, rakyat asing yang masuk secara haram akan ditangkap di bawah Akta Imigresen. Tetapi di sana, berbeza. Sukar untuk kami menghalang kerana mereka menyeberang melalui pangkalan haram sepanjang Sungai Golok,” jelasnya.

Tambah pula, tanah di sepanjang Sungai Golok adalah milik individu, jadi pangkalan yang dibina tidak dianggap jeti haram dan hal ini menyukarkan tindakan penguatkuasaan.

Isu ini telah dibincangkan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan antara langkah yang dicadangkan ialah mengambil alih tanah persendirian untuk dijadikan zon penampan. Ini bagi membolehkan pembinaan tembok atau benteng, seperti yang dilaksanakan di Kampung Laut, Tumpat.

“Jalan penyelesaian terbaik ialah buat tembok. Selain cegah banjir ia dapat halang kes rentas sempadan. Hanya itu cara terbaik setakat ini selain pengawasan serta menggunakan teknologi dron dan sebagainya,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!