Polis buka siasatan video tular senaman aerobik 'Back to School' | The Reporter

Polis buka siasatan video tular senaman aerobik ‘Back to School’

Aktiviti senaman aerobik atau zumba yang didakwa berpakaian tidak sopan.
Tangkap layar rakaman video tular senaman aerobik di Bukit Badong.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Polis telah membuka kertas siasatan susulan tular video program senaman aerobik atau zumba yang didakwa tidak sopan dan beradab.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, program tersebut telah disiarkan secara langsung melalui aplikasi TikTok, yang membolehkan ramai pengguna media sosial melihat aktiviti itu.

“Dalam beberapa gambar dan video yang tular, didapati seorang individu bertudung dan berpakaian seragam sekolah tidak memakai kain, manakala seorang lagi hanya mengenakan seluar legging ketika mengikuti senamrobik/Zumba,” katanya.

Azaharudin berkata, siasatan awal mendapati program itu diadakan dengan tema “Back to School” dan salah seorang peserta dikatakan menanggalkan kain sekolah bagi memudahkan pergerakan semasa aktiviti dijalankan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Kenyataan dari Polis Daerah Kuala Selangor
Baca juga:

Terdahulu, tular tular rakaman video memaparkan sekumpulan wanita bertudung melakukan aktiviti senaman zumba tanpa seluar yang mengundang kemarahan netizen dan desakan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Dalam perkembangan sama, Jabatan Agama Islam (JAIS) juga menyiasat penularan video berkenaan dan bakal mengambil tindakan undang-undang.

Related Posts