Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kisah tular tentang seorang lelaki yang dimarahi kerana meninggalkan dua anak kecilnya di indoor playground selama hampir tiga jam kini bertukar menjadi drama mengejutkan — apabila seorang wanita tampil mendakwa lelaki dalam video itu ialah suaminya sendiri yang keluar bersama wanita lain.
Bermula dengan teguran, berakhir dengan pendedahan curang
Insiden itu pada asalnya dikongsi oleh pengguna media sosial Thomas Chen, yang menegur tindakan si bapa meninggalkan anak tanpa pengawasan hingga mereka menangis kelaparan. Video itu memaparkan seorang lelaki bersama pasangannya dipercayai datang lewat untuk mengambil semula anak-anak mereka, menyebabkan kecaman hebat dalam talian.
Baca juga:
- Lelaki Machang berkain pelikat di Tokyo raih perhatian netizen
- ‘Tolong jangan minta lebih-lebih free gifts, dahlah minta full loan’ – SA
- ‘Tolong cari lelaki ini’ – Wanita dakwa dicabul dalam bas
Namun, selepas video berkenaan tular, seorang wanita menghubungi Thomas menerusi mesej peribadi dan mengucapkan terima kasih kerana “mendedahkan” perbuatan suaminya.
“Thank you sebab dah bagi viral tu, husband saya jalan dengan perempuan lain,” tulis wanita itu dalam mesejnya, mendakwa pasangan dalam video bukanlah dirinya.

Netizen terkejut, dakwa ada ‘plot twist’ macam drama
Perkembangan itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, apabila ramai netizen mendakwa “wanita bersama lelaki itu bukan isterinya” dan menganggap video tersebut kini “ada plot twist seperti drama TV”.
Ada juga yang mendakwa isteri lelaki terbabit telah tampil di TikTok untuk menjelaskan hal sebenar.
“Kalau betul itu bukan bini dia, Allah tunjuk dengan cara ni. Jangan main-main dengan amanah anak,” tulis seorang pengguna.
Walau apa pun kisah di sebaliknya, tindakan meninggalkan anak kecil tanpa pengawasan tetap dikritik. Ramai menegaskan indoor playground bukan tempat asuhan dan ibu bapa sepatutnya peka terhadap keselamatan anak mereka.








