PLKN 3.0 bermula Januari 2025 melibatkan peserta berusia 16 hingga 35 tahun | The Reporter

PLKN 3.0 bermula Januari 2025 melibatkan peserta berusia 16 hingga 35 tahun

Program PLKN 3.0
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan sesi pengambilan pertama dijangka melibatkan 500 peserta bermula Januari depan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kerajaan akan memulakan program tersebut dengan skala kecil sebagai percubaan awal sebelum diperluaskan pada Jun tahun depan.

PLKN 3.0 bakal melibatkan peserta berusia antara 16 hingga 35 tahun dengan beberapa modul pembelajaran yang telah disediakan.

“Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk memulakan pelaksanaan PLKN 3.0. Sesi pertama pengambilan akan dimulakan pada Januari depan dengan 500 peserta ditempatkan di dua kem,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Tambah beliau, 13 kem tentera telah dikenal pasti sebagai lokasi pelaksanaan program, termasuk di Kuala Lumpur dan Pahang, yang kini dalam proses baik pulih untuk digunakan sepenuhnya menjelang 2026.

Related Posts