'Pertahankan kepimpinan Kim Pan-gon' - FAM tidak akan lepaskan khidmat KPG, ada perancangan yang mahu diteruskan - The Reporter

‘Pertahankan kepimpinan Kim Pan-gon’ – FAM tidak akan lepaskan khidmat KPG, ada perancangan yang mahu diteruskan

Aksi Harimau Malaya mempamerkan perlawanan yang luar biasa menentang Korea Selatan pada cabaran Piala Asia lalu mengkagumkan ramai peminat bola sepak. Keputusan seri 3-3 berjaya mengubah kedudukan pasukan di bawah kendalian Kim Pan-gon itu.

Nama Kim Pan-gon turut disebut-sebut sebagai jurulatih yang sangat berkaliber. Susulan itu juga,ada ura-ura yang mengatakan peminat Korea Selatan mahukan Pan-gon yang merupakan bekas Pengarah Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) kembali berkhidmat buat mereka.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan tidak akan melepaskan khidmat Kim Pan-gon walaupun ada tawaran yang dikemukakan oleh mana-mana pihak.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, mereka mempunyai perancangan yang tersendiri bagi memastikan apa yang dilakukan dapat diteruskan.

“Macam yang ada didengari sekarang, ini semua permintaan orang luar. Permintaan sebelum ini pun ada juga yang mahu dia dikeluarkan.

“FAM ada perancangan tersendiri bagi memastikan apa yang dilakukan berterusan dan kita nampak peningkatan di bawah Pan-gon ini agak baik. Tentu sekali apa yang telah cuba dilakukan ini perlu diteruskan,” katanya.

Katanya lagi, KFA juga tidak mengemukakan sebarang cadangan atau hasrat untuk mendapatkan kembali pengendali berusia 54 tahun itu sehingga tahun depan.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!