Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Persembahan sambutan Ma’al Hijrah peringkat kebangsaan yang diadakan pada Ahad, mendapat kritikan ramai. Kata mereka, persembahan yang ditampilkan dengan kemunculan penari dan juga robot-robot Transformer dilihat tidak bersesuaian dengan majlis berkenaan.
Mengulas isu ini, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam satu kenyataan menyatakan persembahan tersebut merupakan penekanan mengenai Tafsir Ilmi Kejadian Langit & Bumi yang membawa maksud tafsir yang membincangkan tentang perkara-perkara saintifik dan ilmiah di dalam metafora ayat-ayat al-Quran.
“Menyelusuri perjalanan Tafsir Ilmi merupakan perjuangan untuk memfokuskan seluruh pancaindera mengakui keagungan Ilahi berlandaskan Al-Quran.
“Konsep persembahan turut menunjukkan keindahan cakerawala yang dihiasi dengan galaksi dan sistem suria yang merupakan fenomena alam semesta yang menakjubkan. ,” katanya.
Dalam pada itu, kenyatan tersebut turut menjelaskan perkaitan antara ciptaan Allah SWT dan ilmu sains.
“Tindakan untuk mengkaji dan berfikir tentang penciptaan langit dan bumi dan proses-proses yang berkaitan dengannya tidak dapat dipisahkan daripada sains dengan menggunakan pendekatan yang saintifik, sebagaimana yang telah dilakukan oleh saintis Muslim sebelum ini.
“Al-Quran mendorong umat Islam untuk banyak mengkaji dan hal ini banyak berkait dengan penerokaan ilmu terutama dalam bidang sains tambahan pula kita berada di zaman revolusi 4.0 @ IR4.0, dengan ledakan automasi, digital dan fizikal siber kini menguasai manusia.,” tulisnya.
Konsep persembahan
Selain itu juga, konsep persembahan itu turut memberikan peringatan dan pengajaran kepada manusia.
“Konsep persembahan turut membawa peringatan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi, manusia adakalanya sering terlupa akan kekuasaan zat Allah SWT sebagai penakluk semesta. Kealpaan manusia mengejar arus modenisasi menjadikan adakalanya menjadi manusia khilaf akan batasan akal dan hukum alam.
Mengulas mengenai isu tarian pula, jelasnya pergerakan tersebut merupakan pengaruh daripada seni mempertahankan diri.
“Pergerakan tari yang dipersembahkan pula adalah mengambil influens dari seni mempertahankan diri seperti silat, pergerakan kemudiannya dikreasikan mengikut lirik lagu menggambarkan kejayaan. Dalam menuju arus kemodenan, jati diri tetap tidak dilupakan sebagai bekalan menghadapi cabaran semasa,” katanya.
Sumber: JAKIM








