Permainan Claw Machine adalah haram & berdosa kerana ia berunsurkan judi - UAI - The Reporter

Permainan Claw Machine adalah haram & berdosa kerana ia berunsurkan judi – UAI

Ustaz Azhar Idrus

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Mesin tarik patung atau lebih dikenali sebagai Claw Machine, telah menjadi fenomena baru di pusat beli-belah di seluruh negara. Mesin ini menawarkan pelbagai jenis patung comel dan animasi yang menjadi rebutan ramai, terutamanya golongan muda.

Namun, permainan ini seringkali membawa kekecewaan kepada pemain apabila mereka gagal mendapatkan patung yang dikehendaki. Ada yang sanggup membelanjakan puluhan ringgit untuk mencuba nasib mereka, walaupun telah kalah beberapa kali.

Baru-baru ini, Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah mengeluarkan pandangan bahawa permainan ini adalah haram dan berdosa kerana ia merupakan bentuk judi.

Menurut beliau, “Patung duduk dalam mesin, kita pun masuk seringgit, kita pun control (pencekam). Dapat anak patung. Harga anak patung, RM10. Kita bayar seringgit (untuk dapatkan anak patung), RM9 lagi itu duit siapa? Duit orang yang kalah. Itulah judi namanya.”

Beliau juga menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan dan menghapuskan mesin ini.

“Wajib atas kerajaan buang benda ini. Jika tidak, mereka akan disoal di akhirat, susah nak jawab. Anak-anak kita, jangan main,” katanya.

Namun, beliau juga menambah bahawa permainan yang menggunakan duit syiling dan memberikan mainan kepada semua pemain adalah dibenarkan.

“Tetapi kalau yang masuk duit syilling, pulas dan keluar bola itu boleh kerana memang semuanya dapat mainan. Cuma tak tahu mainan itu berwarna kuning atau biru (mengikut kehendak),” jelasnya.

Beliau menegaskanm permainan yang melibatkan taruhan adalah haram dan merupakan kerja syaitan.

“Yang tak boleh, dia bertaruh. Kalau nasib baik, dapat ambil toy. Nasib tak baik, dia jatuh (tak dapat mainan). Hukumnya, judi daripada kerja-kerja syaitan. Orang yang mempertahankan mesin itu ialah syaitan,” tegas UAI.

Masyarakat diingatkan untuk berhati-hati dan memilih permainan yang sesuai dan tidak melanggar hukum agama.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!