Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seramai 179 orang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air penerbangan 7C2216 yang terhempas di Muan International Airport, Korea Selatan, pada pagi Ahad.
Pesawat berkenaan yang berlepas dari Bangkok membawa 181 orang, meletup dan terbakar selepas melanggar tembok semasa mendarat. Hanya dua kru penerbangan terselamat dan kini dirawat di hospital akibat kecederaan parah.
Sebelum nahas berlaku, seorang penumpang sempat menghantar pesanan terakhir kepada ahli keluarga. Media tempatan melaporkan mesej itu berbunyi, “Perlukah saya buat wasiat?”
Penerima mesej, dikenali sebagai Encik A, berada di lapangan terbang bersama keluarganya ketika kejadian. Dia berkata, “Saya tidak dapat menghubungi mereka selepas diberitahu ada masalah dengan pesawat.”
Dalam laporan lain, seorang penumpang memberitahu melalui mesej bahawa seekor burung tersangkut pada sayap pesawat, menyebabkan ia gagal mendarat. Agensi berita News1 turut melaporkan mesej lain yang dihantar berbunyi, “Patutkah saya ucapkan kata-kata terakhir saya?”
Agensi Bomba Kebangsaan Korea Selatan memaklumkan, daripada 71 mayat yang dikenal pasti, 71 ialah lelaki dan 71 lagi perempuan, manakala sembilan lagi masih belum dapat dipastikan jantinanya.
Seorang pegawai bomba berkata, “Penumpang tercampak keluar dari pesawat selepas ia melanggar tembok, menyebabkan peluang untuk selamat sangat rendah. Pesawat hampir musnah sepenuhnya, dan proses mengenal pasti mangsa mengambil masa.”
Semua penerbangan di Muan Airport kini dibatalkan. Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap punca nahas. Laporan awal menunjukkan pesawat mengalami masalah pada gear pendaratan akibat perlanggaran dengan burung, atau dikenali sebagai bird strike.
Sumber: Mirror








