Penyanyi 90-an culas bayar sewa diberi kebenaran duduk sampai 31 Oktober sahaja, sementara Baitulmal bantu cari tempat tinggal baharu - The Reporter

Penyanyi 90-an culas bayar sewa diberi kebenaran duduk sampai 31 Oktober sahaja, sementara Baitulmal bantu cari tempat tinggal baharu

Gambar AI sekadar hiasan sahaja | Promptpedia

Penyanyi 90-an yang didakwa enggan keluar dari rumah sewa selepas tidak membayar sewa sejak Jun lalu, diberi peluang untuk menetap di kediaman itu sehingga 31 Oktober.

Pemilik rumah, Liza Mohamad, 46, berkata, keputusan itu dibuat selepas pegawai dari Baitulmal memberi jaminan akan mendapatkan kediaman baharu untuk penyanyi itu bersama keluarganya dalam masa terdekat.

“Selepas berita saya disiarkan Harian Metro, ada wakil dari Baitulmal bertemu dengan saya untuk membincangkan masalah pembayaran sewa rumah yang tertunggak penyanyi itu kerana mereka mahu bantu menyelesaikannya.

“Tapi mereka mohon saya berikan sedikit masa untuk mencari kediaman baharu buat penyanyi itu dan minta dibenarkan dia menetap di rumah saya sehingga 31 Oktober ini,” katanya.

Atas dasar memahami dan bertimbang rasa, Liza bersetuju memberi kebenaran itu dan menggesa pihak Baitulmal segera mencari kediaman baharu tersebut.

Media sebelum ini menyiarkan aduan mengenai penyanyi berkenaan yang didakwa enggan keluar daripada rumah sewa itu walaupun telah diminta berbuat demikian.

Difahamkan, penyanyi berkenaan tidak membayar sewa sejak Jun lalu dan tunggakan itu mencecah RM3,600. Bil elektrik juga tidak pernah dibayar menyebabkan jumlahnya kini menghampiri RM7,000.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!