Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pengguna Grab berkongsi pengalamannya menaiki kenderaan e-hailing Mitsubishi Xpander ke Hotel Furama yang bertukar kepada keadaan tidak menyenangkan apabila ditegur pemandu kerana membuka penghawa dingin di bahagian belakang kenderaan.
Menurut hantaran di Facebook Raja Ila, penumpang berkenaan mendakwa dia merasakan keadaan dalam kenderaan agak panas sebelum menyedari penghawa dingin belakang tidak dihidupkan.
Namun, apabila dia cuba membuka suis pendingin udara tersebut, pemandu memberi respon mengejutkan dengan berkata: “Kalau cik buka aircond tu, dah harga macam 6 seater.”
- Kerajaan mungkin pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi semakin mencabar
- Isu aurat dalam tahanan: Muslimat PAS gesa penambahbaikan segera
- Kisah ‘Mahasiswa Abadi’: Tesis didakwa diambil rakan, Dessy kini alami tekanan mental
- 21 dulang emas bernilai RM9.7 juta dilarikan 4 lelaki bersenjata
- Ustaz Elyas tegur wanita kritik hidangan raya
Terkejut dengan kenyataan itu, penumpang mendiamkan diri, namun beberapa minit kemudian, pemandu tersebut didakwa menghubungi talian khidmat pelanggan Grab melalui pembesar suara dan mengadu dengan nada marah mengenai tambang yang dikatakan terlalu murah untuk waktu puncak.
Pemandu berkenaan turut mempersoalkan sistem pembayaran Grab, mendakwa dia hanya menerima RM19 daripada tambang penuh RM32 yang dibayar penumpang.
Situasi menjadi tidak selesa apabila pemandu terus merungut sepanjang perjalanan sambil menyatakan bahawa bayaran tersebut tidak termasuk kos penggunaan pendingin udara penuh.
Insiden ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ramai mempertikaikan sikap pemandu e-hailing yang tidak profesional.
Mereka menegaskan bahawa sebarang aduan mengenai tambang patut disalurkan secara dalaman dan bukan diluahkan kepada penumpang, lebih-lebih lagi berkaitan kemudahan asas seperti penghawa dingin.
Pengguna juga mengingatkan bahawa pemandu Grab mempunyai pilihan untuk membatalkan tempahan sekiranya tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan, tanpa perlu melepaskan kemarahan kepada penumpang yang tiada kuasa menetapkan harga.








