Penjawat awam ditemui maut, disyaki terjun dari tingkat 21 - The Reporter

Penjawat awam ditemui maut, disyaki terjun dari tingkat 21

Sumber gambar: Orang Awam

Seorang penjawat awam yang pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2021 dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan tragis, dipercayai terjun dari tingkat 21 sebuah kondominium.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, mengesahkan penerimaan maklumat berhubung kejadian itu pada jam 9 malam.

Mangsa yang berusia 40 tahun dan berkhidmat di sebuah agensi di ibu kota, ditemui oleh pengawal keselamatan di kaki lima kediaman tersebut.

Beberapa gambar yang memaparkan mangsa ditemui di lokasi juga tular di media sosial.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk dibedah siasat.

Siasatan lanjut masih dijalankan untuk menentukan sebab-sebab di sebalik tragedi ini.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!