‘Penjajah buat kami kelaparan & minum air tercemar’ - Kanak-kanak Gaza buat sidang media suarakan hak mereka - The Reporter

‘Penjajah buat kami kelaparan & minum air tercemar’ – Kanak-kanak Gaza buat sidang media suarakan hak mereka

Jika kanak-kanak lain masih lagi riang ketawa bermain bersama rakan-rakan, mereka sebaliknya berjuang untuk kehidupan. Matang dari usia, itu gambaran yang dapat diberikan buat kanak-kanak di Gaza.

Sehingga hari ini, dicatatkan jumlah kematian yang melibatkan kanak-kanak di Gaza adalah seramai 4,324 orang.

Sebelum ini, Ketua Pengarah di sebuah hospital Gaza membuat sidang media mengenai kekejaman zionis yang menyerang tempat penduduk awam berlindung dan mendapatkan rawatan.

Senario kali ini pula berbeza apabila terdapat wakil kanak-kanak Gaza pula membuat sidang media di Hospital Al-Shifa, Gaza.

Dalam sidang media tersebut, seorang kanak-kanak lelaki dikelilingi kanak-kanak lain tampil dengan berani menyuarakan apa yang telah dialami oleh mereka.

“Sejak 7 Oktober 2023. Kami sudah menjadi subjek kepada pembunuhan beramai ramai, dibunuh, kehilangan tempat tinggal dan bom jatuh di atas kepala kami di hadapan seluruh dunia.

“Mereka menipu kepada dunia menyatakan mereka menyasarkan para pejuang. Tetapi sebagai kanak kanak kami telah melarikan diri dari kematian lebih dari sekali.

“Kami datang ke Hospital Al Shifa sebagai tempat selamat setelah kami berulang kali terdedah kepada pengeboman mereka(Israel). Kami sangat terkejut kerana kami sekali lagi terdedah kepada kematian selepas pihak penjajah menyasarkan Hospital Al Shifa,” katanya.

Konflik yang berterusan itu juga katanya telah membuatkan mereka kelaparan dan tiada bekalan air bersih.

“Penjajah membuat kami kelaparan. Sudah banyak hari kami tiada air dan makanan begitu juga roti. Kami hanya meminum air yang sudah tercemar,” katanya.

Pada akhir sidang media itu, dia menyeru kepada masyarakat dunia supaya melindungi mereka.

“Kami disini menyuarakan sebagai kanak-kanak. Mendesak kamu semua untuk melindungi kamu. Akhiri kematian ini, kami hanya mahu hidup kami hanya mahukan keamanan. Kami mahukan pendakwaan kepada mereka yang membunuh kami.

“Kami mahukan ubat-ubatan dan kami mahukan pendidikan serta kami hanya mahu hidup,” katanya.

Sumber: Irfan_newboys

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!