'Penjaja haram takde otak, driver bebal' - Netizen selar aktiviti jual beli buah di simpang lampu isyarat | The Reporter

‘Penjaja haram takde otak, driver bebal’ – Netizen selar aktiviti jual beli buah di simpang lampu isyarat

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Aktiviti menjual jeruk mangga di persimpangan lampu isyarat terus menjadi isu membimbangkan kerana melanggar undang-undang dan mendatangkan risiko bahaya serta kemalangan kepada penjaja dan pengguna jalan raya.

Penjaja yang didapati bersalah boleh dikenakan denda RM150 hingga RM2,000 dan penjara sehingga enam bulan, tetapi denda ini mungkin tidak cukup tegas untuk menghalang mereka daripada terus beroperasi.

Beberapa faktor menyumbang kepada situasi ini, termasuk keuntungan lumayan, permintaan tinggi, dan penguatkuasaan undang-undang yang tidak konsisten.

https://twitter.com/update11111/status/1827747410296345033

Hari ini tular video menunjukkan seorang pemandu kereta Perodua Myvi memberhentikan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat semata-mata untuk membeli buah dari penjaja haram

Ketika itu lampu isyarat juga sudah bertukar hijau dan kenderaan lain di belakangnya tidak dapat meneruskan perjalanan disebabkan sikapnya yang mementingkan diri.

Lebih teruk lagi, pemandu terbabit menyalahgunakan lampu isyarat kecemasan bagi menghalalkan perbuatannya yang jelas tidak bertanggungjawab itu.

“Lampu dah hijau tu, dia tiba-tiba teringin nak mangga. Eh, (dia nyalakan) double signal pulak.

“Kereta kat belakang dah hon-hon. Dia beli mangga dari lampu hijau sampai lampu nak merah dah,” kata pemilik video kamera papan pemuka (dashcam).

Ramai yang meluahkan rasa geram terhadap pemandu kereta Myvi dan penjaja haram terbabit yang semakin lama semakin menyusahkan pengguna jalan raya.

“Apabila ditegur atau diambil tindakan, akan muncul golongan terpaling bersimpati terhadap mereka yang kononnya mencari rezeki halal. Ke nak tunggu ada yang maut, baru nak serik?” kata netizen.

‘Dah macam Konoha pula’

‘Penjaja haram takde otak, driver bebal’

Related Posts