Peniaga festival makanan dakwa dibaling botol cencalok dari tingkat atas rumah penduduk - The Reporter

Peniaga festival makanan dakwa dibaling botol cencalok dari tingkat atas rumah penduduk

Peniaga karnival Havoc

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang peniaga mendakwa telah dibaling dengan botol cencalok dari tingkat atas sebuah rumah pangsapuri di tapak pesta Havoc Setapak baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, peniaga berkenaan juga mendakwa telah dibaling dengan pisang, botol dan batu.

@fie_perfumeparadise

Kami mintak maaf dengan kedatangan kami buatkan anda marah insyallah kami akan perbaiki dan fie mintk tolong support kami semua ya dan jumpa di next event #perfumeparadise #fyppppppppppppppppppppppp #havocsamasquare #fyp

♬ original sound – DNP – DNP

“Kami mintak maaf dengan kedatangan kami buatkan anda marah insya-Allah kami akan perbaiki dan mintak tolong support kami semua ya dan jumpa di next event,” katanya.

Peniaga berkenaan juga mengatakan mereka turut akur dengan arahan supaya tapak berkenaan ditutup dengan serta-merta.

Bagaimanapun, insiden berkenaan dikatakan tiada kaitan dengan arahan penutupan tapak berkenaan.

Menerusi ruangan komen, ada yang mengatakan kawasan tersebut tidak sesuai dijadikan sebagai tapak festival memandangkan kawasan perumahan tersebut sudah sesak terutamanya pada waktu puncak.

Dalam pada itu, mereka juga beranggapan penduduk tidak dapat menerima suasana yang bising.

Susulan itu juga, netizen meminta pihak penganjur supaya meneliti terlebih dahulu kawasan yang sesuai untuk dijadikan tapak festival.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan Karnival Havoc Food Festival dihentikan kerana penganjurannya tidak mendapat lesen hiburan semasa daripada pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!