Bulan Ramadan sering menjadi peluang bagi peniaga bazar untuk mencari rezeki tambahan, namun tidak semua mengalami nasib yang sama. Seorang peniaga, Puan Anjee, meluahkan kekecewaannya di TikTok selepas mendapati kedainya seolah-olah ‘tertutup’ akibat pelanggan kedai sebelah yang beratur panjang sehingga menutupi gerainya.
Menurutnya, walaupun kelihatan ramai orang berkumpul di hadapan kedainya, hakikatnya tiada seorang pun pelanggan yang singgah membeli.
“Pengalaman pertama meniaga di bulan Ramadan. Di depan kedai penuh customer, tapi customer kedai sebelah tumpang beratur sampai tutup kedai kita,” katanya.
- Menteri Agama puji Jep Sepahtu, sifatkan inspirasi kepada golongan asnaf
- MP Masjid Tanah cadang Hospital Putrajaya dinamakan sempena Tun Dr Hasmah
- Lelaki maut dibaham harimau selepas masuk kandang di taman hidupan liar
- Bajet 2027: Puad gesa tubuh badan khas pantau perbelanjaan kementerian
- Nahas Jalan Kuching: Keluarga adik Asiah tuntut keadilan
Walaupun sudah cuba memberi minuman percuma untuk menarik perhatian, jualannya tetap tidak laku. Akhirnya, segala air minuman yang dibancuhnya itu terpaksa dibuang kerana tidak terjual.
“Tak ada rezeki, sedih sangat,” luahnya.
Bagaimanapun, luahannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menasihatinya untuk menukar strategi jualan, menyemak semula jenis minuman yang dijual, dan menyesuaikan harga serta promosi agar lebih menarik.
“Kalau kedai sebelah ramai orang beratur tapi kedai kita sendu, mungkin boleh pertimbangkan tukar menu. Cuba jual air yang orang cari,” kata seorang netizen.
Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman serupa sebagai peniaga bazar, menyatakan bahawa cabaran seperti ini adalah lumrah dalam perniagaan.
“Aku dah meniaga lapan tahun pun masih struggle. Berniaga bukan harini untung, tapi ambil masa untuk orang kenal,” kata seorang lagi netizen.
Ramai netizen tetap memberikan kata-kata semangat kepada peniaga berkenaan agar tidak berputus asa dan mencuba strategi baru dalam jualannya.








