Pengurus restoran di Klang ditahan, guna peralatan hidangan papar gambar pemimpin komunis - The Reporter

Pengurus restoran di Klang ditahan, guna peralatan hidangan papar gambar pemimpin komunis

Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang pengurus sebuah restoran di Klang ditahan selepas dipercayai menggunakan peralatan hidangan makanan dan minuman yang memaparkan gambar pemimpin komunis.

Penahanan lelaki berusia 20 tahun itu susulan maklumat yang didedahkan menerusi satu video di Youtube dimuat naik pemilik akaun ‘luiswong 90″.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata serbuan dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang selatan pada 10 malam.

“Susulan daripada itu, polis telah menyerbu restoran tersebut dan menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang merupakan pengurus restoran terbabit,” katanya.

Menurut Tan Sri Razarudin, dalam serbuan berkenaan, pelbagai peralatan dirampas termasuk lima mangkuk seramik putih tercatit tulisan bahasa Cina dan gambar muka Presiden Komunis China, Mao Zedong bersama rakan-rakannya.

“Polis turut merampas satu cawan kaca teh seramik berwarna putih berjalur biru tercatit tulisan Bahasa Cina dan gambar beberapa individu.

“Selain itu, tiga sudu sup seramik berwarna putih berjalur biru terdapat gambar disyaki muka Presiden Komunis China, Mao Zedong dan resit perniagaan bertarikh pada Rabu sebanyak tiga keping,” katanya.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, suspek mengaku barang-barang berkenaan dibeli oleh rakan pemilik restoran yang tinggal di negara China. Barang-barang tersebut kemudiannya dihantar ke Malaysia untuk digunakan di restoran tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!