'Pengorbanan seorang bapa' - Demi susu, pampers anak, lelaki redah banjir paras dada ambil keperluan di rumah - The Reporter

‘Pengorbanan seorang bapa’ – Demi susu, pampers anak, lelaki redah banjir paras dada ambil keperluan di rumah

Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok Ms haa

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Ketika ini banjir di beberapa kawasan masih lagi belum reda dan mangsa banjir dilaporkan semakin meningkat.

Ada yang sempat menyelamatkan barang-barang berharga dan ada juga yang terpaksa reda dengan kerosakan barang-barang rumah yang telah hanyut dibawa arus.

Menerusi satu perkongsian di TikTok Ms haa pula, wanita ini merakam pengorbanan suaminya yang sanggup meredah banjir untuk mengambil keperluan susu dan pampers anak mereka.

@misshaa1

Susu pempers anak habis..kedai plok ttp.. blik umh ngarung air paras dada😢#mangsabanjir #banjir2024

♬ Rain sound (indoor, window opening)(837944) – Yuki Shizuoka Sound

Difahamkan, ketika air mula naik, mereka tiada di rumah kerana mempunyai urusan di sekolah anak.

“Papa (suami) meredah air paras dada nak balik ambil susu anak kat rumah. Kedai semua dah tutup.

“Barang semua dah beli kat rumah. Kitorang keluar ada urusan dekat sekolah anak. Balik je tak boleh nak masuk sebab air dah penuh. Dah bawak separuh barang, itu pun tahan untuk tiga hari sahaja. Tak jangka sampai macam ni. Kedai pun tutup,” katanya.

Menerusi hantaran terkini, wanita berkenaan memaklumkan suaminya selamat meredah banjir dan membawa keperluan anaknya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!