'Pengeluaran wang tunai lebih dari RM10,000 oleh pengetua sekolah perlu dapatkan khidmat polis pengiring' - The Reporter

‘Pengeluaran wang tunai lebih dari RM10,000 oleh pengetua sekolah perlu dapatkan khidmat polis pengiring’

Semalam media melaporkan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,350 yang diperuntukkan untuk para pelajar di sebuah sekolah Beranang dilaporkan lesap dilarikan penjenayah, selepas wang tersebut dikeluarkan oleh pengetua sekolah berkenaan. 

Baca: Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,350 yang baru dikeluarkan oleh pengetua, lesap dilarikan penjenayah

Di media sosial, ramai netizen memberi reaksi mengenai kes itu yang rata-rata mempersoalkan tindakan mangsa. 

Tular di media sosial juga, panduan pengeluaran wang tunai yang ditetapkan bagi pihak sekolah di mana pengetua atau guru besar dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan wang tunai dalam perjalanan, berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP147)

Salah guru besar tu tak ikut SOP https://t.co/2HUb63Fjq2 pic.twitter.com/rqyaP1Y3AU

— Adam Yusuf (@khirariffin) January 17, 2023

“Pihak sekolah hendaklah mematuhi tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank yang selamat dan mengikut peraturan kewangan semasa seperti berikut: 

“Pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi oleh dua orang guru atau;

“Bagi pengeluaran wang tunai melebihi RM10,000, Pengetua/Guru Besar perlu mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan polis pengiring (jika perlu)”. 

Berbeza dengan kejadian semalam, pengetua berusia 50 tahun terbabit dikatakan telah mengeluarkan wang tersebut secara bersendirian di sebuah bank di pekan Semenyih.

Selepas hampir sejam berurusan dengan pihak bank, mangsa akhirnya keluar dan menyimpan wang itu di bawah kerusi penumpang depan dalam kenderaan Toyota Innova miliknya.

Mangsa kemudian pergi ke sebuah restoran berhampiran untuk membeli air minuman kerana dahaga. 15 minit kemudian, mangsa kembali dan mendapati cermin penumpang bahagian kanan belakang telah dipecahkan dan wang RM109,350 turut hilang. 

Polis masih menjalankan siasatan dan meminta mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil menghubungi balai berdekatan bagi membantu siasatan. 

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!