Pengasas KK Mart mohon ampun kepada YDPA & seluruh umat Islam - The Reporter

Pengasas KK Mart mohon ampun kepada YDPA & seluruh umat Islam

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan memohon ampun dan maaf kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Seri Dr Chai Kee Kan.

Sesi mengadap Seri Paduka Baginda berlangsung selama 15 minit di Istana Negara, hari ini.

Perkara tersebut dikongsikan melalui Instagram rasmi Yang di-Pertuan Agong beberapa jam yang lalu.

Dalam sesi mengadap itu, Dr Chai memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Seri Paduka Baginda bertitah menekankan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.

“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini.

“Sekali lagi, saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah Seri Paduka Baginda.

Sumber:officialsultanibrahim

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!