Polis mengesahkan penahanan pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan suaminya, Rahim Shukor, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, penahanan dibuat susulan siasatan berkaitan program motivasi perkahwinan anjuran syarikat tersebut.
“Maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas beberapa tindakan susulan diambil,” katanya.
Sementara itu, peguam mereka, Datuk M Reza Hassan memaklumkan bahawa pasangan itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Penahanan dilakukan mengikut Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.
Baca juga:
- Caprice diarah bayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew serta-merta
- Usia 81 tahun bukan penghalang, warga emas berjaya genggam PhD
- Tular video kekecohan di Desa Tun Razak, sembilan individu ditahan polis
Terdahulu, polis menyatakan akan memanggil semua peserta program berkenaan untuk membantu siasatan, susulan dakwaan wujud unsur lucah atau ajaran menyimpang daripada norma masyarakat.
Menteri Besar Selangor sebelum ini turut meminta siasatan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor berhubung dakwaan aktiviti tidak bermoral dalam program itu.
Sumber: Berita Harian








