Penganggur kini boleh sewa ruang pejabat RM17 sehari untuk sembunyikan status - The Reporter

Penganggur kini boleh sewa ruang pejabat RM17 sehari untuk sembunyikan status

Ruang pejabat RM17 sehari
Foto hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Syarikat-syarikat di China kini menyediakan ruang pejabat khas untuk individu yang ingin menyembunyikan status pengangguran mereka.

Lapor South China Morning Post, Dengan bayaran 30 yuan (kira-kira RM17) sehari, pelanggan boleh menggunakan ruang pejabat dari jam 10 pagi hingga 5 petang, termasuk makan tengah hari.

Di Hebei, utara China, seorang pengguna mempromosikan perkhidmatan ini sebagai penyelesaian kepada individu yang malu mengaku menganggur. Malah, ada yang menawarkan pelanggan untuk bergambar di kerusi pengarah dengan bayaran 50 yuan (kira-kira RM28) bagi meyakinkan keluarga bahawa mereka masih bekerja.

Trend ini menjadi perhatian ramai di media sosial China, dengan lebih 100 juta tontonan pada topik berkaitan. Sesetengah pengguna menyokong idea ini sebagai cara mengurangkan tekanan, manakala yang lain mengkritiknya kerana dianggap menggalakkan sikap melarikan diri daripada realiti.

Pada Jun 2023, kadar pengangguran belia di China mencapai 21.3%, namun menurun kepada 16.1% pada November selepas kerajaan menukar kaedah pengiraan dengan mengecualikan pelajar.

Menurut Profesor Zhang Yong dari Universiti Sains dan Teknologi Wuhan, tekanan sosial untuk berjaya menyebabkan golongan muda sukar menerima hakikat kehilangan kerja. Beliau menyarankan mereka yang menganggur mendapatkan sokongan emosi dan berbincang secara terbuka dengan keluarga.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!