Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular di media sosial seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Eyka dilaporkan hilang ketika melakukan kegiatan paranormal di dalam hutan yang terletak di Bandung, Indonesia.
Eyka yang juga merupakan talent kepada YouTuber dan pempengaruh Ammar Nazhan akhirnya ditemukan selamat pada malam Rabu setelah tiga hari pencarian dilakukan.
Dalam hantaran di TikTok Ammar Nazhan, penemuan Eyka juga atas bantuan pihak polis Indonesia dan juga penduduk setempat.
Menerusi beberapa perkongsian video di TikTok juga, Eyka ditemukan dalam keadaan terbaring dan lemah.
Difahamkan ketika ini, Eyka dirawat di hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Dalam pada itu, memetik laporan dari Berita Harian, Ammar berkata, dia menyedari kehilangan rakannya, Eyka atau nama penuhnya Nur Syafiqah, 22, pada jam 2 pagi.
“Ketika kejadian, lebih 20 orang mengikuti rombongan ke kawasan terbabit tetapi hanya tujuh individu termasuk Eyka yang masuk ke dalam hutan.
“Hanya dia seorang saja perempuan yang ikut masuk ke dalam hutan” katanya.
Ammar berkata pihaknya turut membuat laporan polis selepas 48 jam rakannya hilang kerana itu adalah tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Indonesia.