Pemilik rumah degil, DBKL potong jeriji besi - The Reporter

Pemilik rumah degil, DBKL potong jeriji besi

Sumber gambar: Facebook DBKL

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan operasi bersepadu memotong dan merobohkan struktur besi (jeriji) yang dibina tanpa kelulusan di sebuah kediaman di Seksyen 2, Wangsa Maju.

Operasi itu dilakukan setelah pemilik kediaman berdegil dan gagal mematuhi notis amaran yang dikeluarkan pada 10 Januari untuk membuka sendiri struktur tersebut.

DBKL dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya telah merobohkan struktur besi yang dipasang tanpa kelulusan dan yang membuat halangan laluan koridor awam di kediaman tersebut.

Perbuatan itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Dalam pada itu, DBKL juga akan menjalankan operasi yang sama di lokasi lain, sebagai langkah proaktif untuk memastikan kepatuhan terhadap peraturan dan undang-undang pembinaan di kawasan bandar.

Sumber: Harian Metro Facebook DBKL

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!