'Pemilihan PKR', Perdana Menteri maklumkan tiada rombakan kabinet | The Reporter

‘Pemilihan PKR’, Perdana Menteri maklumkan tiada rombakan kabinet

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan tiada rombakan kabinet berlaku selepas pemilihan PKR.
Anwar Ibrahim menegaskan tiada rombakan Kabinet selepas pemilihan PKR 2025. Gambar: Facebook Anwar Ibrahim.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada rombakan Kabinet akan berlaku selepas keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun, beliau tidak dapat menghalang mana-mana pemimpin yang ingin meletakkan jawatan.

“Ini pertandingan antara sahabat-sahabat karib dan kawan. Tidak timbul langsung isu rombakan Jemaah Menteri.

“Saya tidak tahu mengenai itu, tetapi kita tidak boleh menghalang sesiapa yang ada cita-cita untuk berundur. Kalau tanya saya, tiada rencana sama sekali untuk buat apa-apa rombakan,” katanya.

Kenyataan Anwar itu sebagai respon kepada hasrat Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang menyatakan kesediaan untuk berundur daripada Kabinet jika gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada 23 Mei ini. Rafizi bagaimanapun menegaskan akan kekal sebagai ahli Parlimen.

Dalam masa sama, Anwar yang juga Presiden PKR, menyeru semua ahli parti untuk memilih pemimpin yang mampu memperkukuh jentera parti menghadapi cabaran masa depan.

“Saya tekankan agar pilih (pemimpin) yang mampu bantu memperkukuh jentera parti dan merangkul segala kekuatan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts