Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang pemandu lori maut, selepas lori yang dipandunya dirempuh sebuah kereta jenis Honda FD dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 46.8 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, semalam.
Mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke destinasi untuk menghantar bekalam ayam sejuk beku, terbabas selepas dirempuh Honda FD berkenaan lalu melanggar besi pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan.
Pemandu lori terbabit dikatakan tersepit di dalam kenderaan dan disahkan telah meninggal dunia di lokasi. Manakala pemandu Honda FD berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa kemudian dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Renggam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, video dashcam daripada saksi kejadian tular di media sosial menunjukkan kereta Honda FD tersebut merempuh bahagian belakang kanan lori menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan sebelum terbalik.
Muatan ayam sejuk beku yang dibawanya turut berterabur di atas jalan raya.
Sumber: Harian Metro, Utusan Online, Isu Semasa Official