Pemandu Grab caj pelanggan RM25 hingga RM30 untuk aircond, dikecam netizen | The Reporter

Pemandu Grab caj pelanggan RM25 hingga RM30 untuk aircond, dikecam netizen

pemandu Grab caj pelanggan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tindakan seorang pemandu e-hailing yang mengenakan caj tambahan untuk penggunaan penghawa dingin (aircond) dalam kenderaannya telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Kejadian itu mengundang perhatian ramai selepas gambar notis mengenai caj tambahan tersebut tular di media sosial.

Sumber: Malaysia Most Viral

Dalam notis tersebut, pemandu berkenaan menawarkan penggunaan penghawa dingin pada kadar kelajuan tertentu dengan caj tambahan antara RM25 hingga RM30.

Difahamkan, penghawa dingin asas hanya disediakan di bahagian hadapan kenderaan sahaja, manakala pelanggan yang ingin menambah kelajuan penghawa dingin perlu membayar mengikut tahap yang dipilih.

Tindakan ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial. Ramai mengecam pemandu tersebut, menyifatkan caj tambahan itu tidak masuk akal dan melampaui batas. Ada juga yang menggesa pelanggan melaporkan tindakan ini kepada pihak platform e-hailing.

Merujuk kepada garis panduan Grab, kenderaan yang digunakan untuk perkhidmatan mesti berada dalam keadaan baik dan memenuhi standard keselamatan. Salah satu pelanggaran yang dinyatakan ialah penghawa dingin yang tidak berfungsi.

Walaupun garis panduan tersebut tidak menyebut secara spesifik tentang larangan mengenakan caj tambahan, ia menyiratkan bahawa penghawa dingin perlu disediakan sebagai standard asas tanpa sebarang bayaran tambahan. Oleh itu, tindakan pemandu ini boleh dianggap bertentangan dengan polisi perkhidmatan yang ditetapkan oleh Grab.

Kes ini juga mengundang perbincangan tentang masalah kewangan pemandu e-hailing. Namun, netizen berpendapat mengenakan caj tambahan bukan cara yang baik dan hanya menjejaskan reputasi pemandu.

‘Agak-agaklah caj sampai RM20’

‘P. Ramlee dah cakap dah’

‘Dah tambang murah, lagi banyak bising’

Related Posts