Pemandu e-hailing dihukum penjara sebulan, curi barangan keperluan harian | The Reporter

Pemandu e-hailing dihukum penjara sebulan, curi barangan keperluan harian

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM300 ke atas pemandu e-hailing yang mengaku bersalah mencuri barangan keperluan harian di Taman Maluri.
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pemandu e-hailing dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM300 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barangan keperluan harian bernilai RM404.22 di sebuah pasar raya, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Rashid Mohd Noh, 44, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan pada 18 April lalu, dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara tambahan tujuh hari.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mencuri 20 barangan termasuk dua tin sardin, tepung serbaguna, pencuci pinggan mangkuk, sabun mandian, penyegar udara dan pencuci muka di sebuah pasar raya di Taman Maluri pada jam 8.10 malam, 18 April lalu.

Baca juga:

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda. Bagi kesalahan berulang, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nor Farhana Mohd Poad mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M Soosai Raj merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman penjara yang singkat atas faktor kemampuan kewangan dengan alasan bahawa tertuduh tidak mampu membayar denda serta perlu menanggung dua anak yang masih bersekolah.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts