Seorang pelancong warga Israel mencetuskan insiden memalukan di Pattaya apabila dia terberak dalam sebuah teksi, mengakibatkan pertikaian mengenai bayaran pampasan yang memerlukan campur tangan polis.
Kejadian berlaku pada 19 Mac 2025, di hadapan sebuah pusat beli-belah terkenal di Pattaya Utara. Pemandu teksi, Norraphat Dermsuta, 32, mengambil dua lelaki warga Israel yang meminta dihantar ke Soi Buakhao di Pattaya Selatan.
Namun, semasa perjalanan, salah seorang penumpang yang duduk di hadapan tiba-tiba tidak dapat mengawal pergerakan ususnya dan terberak di tempat duduk.
Norraphat segera memberhentikan kenderaan dan mendapati tempat duduk hadapan tercemar dengan najis, manakala tisu yang digunakan untuk cuba membersihkan kotoran bertaburan di dalam kereta. Beliau memaklumkan kepada penumpang tersebut bahawa tempat duduk itu memerlukan pembersihan profesional yang menelan kos 1,500 baht (RM195.60).
- Aliff Daniel, ibu ditahan JAIS, 14 individu lain bakal dipanggil bantu siasatan
- Syed Saddiq gesa tindakan tegas terhadap negara jiran susulan isu jerebu
- ‘Saya kagum dengan sejarah kalian, namun…’ – Ryzal Ibrahim
- Polis cari saksi kemalangan maut di Lebuhraya Cheras-Kajang
- ‘Mak cik nak jalan kaki, anak kemalangan’ – Pilu ibu kehilangan anak tunggal lelaki

Penumpang terbabit enggan membayar jumlah penuh dan hanya menawarkan 300 baht (RM39.12), menyebabkan berlaku pertengkaran. Tidak mahu keadaan menjadi lebih tegang, Norraphat menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Apabila polis tiba, mereka mendapati pelancong yang terlibat dalam pertikaian itu bukan individu yang menyebabkan kekotoran, tetapi rakannya. Individu yang terberak tersebut dilihat berada di seberang jalan dengan kesan najis masih kelihatan pada kakinya dan menggunakan alat bantuan berjalan.
Selepas perbincangan, polis berjaya memujuk pelancong Israel tersebut untuk membayar jumlah penuh 1,500 baht (RM195.60) bagi kos pembersihan. Kedua-dua pihak kemudian beredar selepas isu tersebut diselesaikan.








