Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Tular di media sosial, sepasang pelancong asing dipercayai suami isteri melakukan aksi berbahaya di tengah jalan sibuk di Pulau Pinang bagi mengumpul duit untuk membeli tiket penerbangan pulang ke negara asal.
Rakaman itu menunjukkan mereka melakukan aksi seperti sarkas di hadapan kenderaan yang bergerak, mencetuskan kemarahan ramai yang menganggapnya berbahaya dan mengganggu lalu lintas.
Takde duit nak balik negara asal ke? Tolong lah ambil tindakan dekat dorang ni pic.twitter.com/RRCMGi3AWn
— kamaghul deghaman (@ricxxxkiddo) February 5, 2025
Netizen mengecam tindakan pasangan itu, dengan ramai menyatakan aksi mereka tidak bertanggungjawab dan membahayakan pengguna jalan raya.
Difahamkan, ini bukan kali pertama pelancong asing mencari duit dengan cara sebegini. Sebelum ini, ada yang menjual cenderamata di kawasan tumpuan seperti Bukit Bintang dan Chow Kit.
Cuba hang buat gini kat negara dorang. Tengok apa depa buat hehe pic.twitter.com/kZMNMPBLR7
— kamaghul deghaman (@ricxxxkiddo) February 6, 2025
Walaupun sesetengah pihak melihatnya sebagai usaha kreatif, ramai berpendapat ia semakin berleluasa dan perlu dikawal agar tidak menjadi satu kebiasaan di mana pelancong asing mengambil kesempatan di atas kebaikan masyarakat tempatan.
Segelintir pihak berpendapat pelancong asing ini hanya cuba mengelak menggunakan wang sendiri, sebaliknya mengambil sumbangan daripada masyarakat tempatan sambil pulang ke negara asal dengan selesa. Sikap masyarakat tempatan yang terlalu cepat bersimpati menyebabkan perkara ini terus berlaku.
‘Orang tu usaha, kaki complaint je korang’
![](https://thereporter.my/wp-content/uploads/2025/02/Komen-sokong-Mat-Salleh.png)
‘Rakyat Malaysia terlalu baik hati’
![](https://thereporter.my/wp-content/uploads/2025/02/Komen-bantah-Mat-Salleh.png)
‘Lemahnya penguatkuasaan undang-undang Malaysia’
![](https://thereporter.my/wp-content/uploads/2025/02/Komen-bantah-Mat-Salleh-2.png)